Friday, January 9, 2015

07

dok baca catatan matluthfi teringat tahun lepas. tahun ni takdak dah nak lepak surau. kena buli dengan iqbar. kena marah duk pakai stokin lain bukan stokin sekolah. tak pi koko lepak pi 1shamelin. tutup main letrek form 5 . 

tiga tahun duduk dalam club photography. form 1 cikgu tak benarkan. kira sampai form 4 aku jadi ahli aktif. tapi naik form 5, macam gila kuasa sikit. sebab tau competition tinggi dalam club tu, aku pun menawarkan diri dalam kelab paling lame lah aku rasa aku pernah masuk (semata jawatan. dasar tak guna)

"shafiq club apa senang dapat jawatan?" 
"club bm"
"bm?"
"form 5 aku sorang. masuk lah"

dan dengan senangnya aku memegang jawatan sebagai naib pengerusi. (lagi tak guna sebab selalu datang lambat. tapi time jamuan aku awai gila) then kadet polis. jawatan yang memang tiap tahun cikgu memang bagi aku. setiausaha. sebab rajin menulis dan aku sememangnya malas berkawad ye. time permainan tu yang aku slack. demam pastu tak datang. ibu tak kejut. tapi jadi ahli aktif. hmm boleh lah dari takdak.

aku ni permainan tak berapa nak masuk. lumba lari dapat nombor 2 (badak lari mana nak laju) tapi kira tu pertama dan terakhir lah. medal ada tergantung. kahkahkah. tapi aku melibatkan diri dalam segala macam props (alah tujuan asal nak ponteng kelas je). then terlibat dengan sidang redaksi. 

paling haru biru segala macam warna bila kira duit dan simpan duit. kira duit tu maksudnya duit 80 buah kelas dalam sbs yang rata rata 1 kelas ada 40 student, 8 buah bilik guru yang dalam tu ada dalam 6-12 cikgu. order gambar bukan 1. ada candid apa semua ye. duduk dekat library kira duit sampai pukul 5:30 petang dan duit short banyak ye. aku top up sikit nabilah sikit wani sikit tapi still tak cukup. below 100 short. lepastu serabut kepala bila nak kena distribute gambaq yang banyak.

sidang redaksi markah lebih sikit dari student biasa. sama taraf dengan pengawas punya apa ntah. bangga jugaklah sebab orang kenai. kikikiki. banyak duduk dengan budak cina lah. tu yang sakan ask.fm kena bash tu. time aku tak puasa and ingat nak minum sorok sorok pastu terkantoi dengan siapa ntah melvin dengan darren rasanya pastu depa sebar. nasib baik tak guna microphone. pastu semua dok pakat beli nuggets untuk aku . kelakar betei lah. 

rehat samada dekat surau buat solat dhuha atau pi canteen (samada kebuluq sangat atau peod) kalau pi canteen biasa pi dengan anas, ky li , schao dengan sush. 1 Malaysia kay . tapi aku selalu sibuk kat meja nic ong sebab kitorang rapat. hmm secara tidak langsung lah jugak dapat berinteraksi dengan chee hang penduduk tetap meja tu.

rindu situasi sekolah. aku rindu nak buat homework. tadi faiz farah tuition, aku rasa macam menyesal selalu tak datang sekolah.

p/s: record sekolah aku CLEAN ! and merit aku lagi kena tambah sebab "membantu sekolah" . melalui? sidang redaksi. poyonya ayat. lempang sikit pliss.

No comments:

Post a Comment